Monday, June 1, 2009

AyAH

kisah ini mengisahkan tentang permergian ayahku ke rahmatullah pada 08/12/2008 bersamaan 10 zulhijjah 1430.
Pada 05/12/08 semua ahli keluarga ku datang ke Kuala lumpur termasuk ayahku. Kedatangan ke KL adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Sg Besi. Semua ahli keluarga ku berkumpul di rumah Kak Ngah di Puchong. Ini adalah kali pertama ayah sampai di Kuala Lumpur. Namun pada mulanya ayah enggan ikut,tapi atas permintaan kami semua ayah turut serta.
Pada hari pertama sampai, ayah muntah2 dan sakit perut, itu adalah kebiasaan sakit ayah. Menurut DR. ayah mempunyai gastrik sebab itu selalu muntah.Ayah tidak boleh makan makanan yang pedas dan masam. Pada malam kami bawa ayah bersiar di Putrajaya
06/12/08
pergi ke kenduri sepupu di dewan UPM Serdang,pada mulanya ayah xnak ikut katanya x larat dan sakit perut,tapi berubah hati untuk ikut serta. Mungkin untuk berjumpa semua keluarga .Ayah hanya makan nasi dan papadom sahaja kerana makanan yang lain semuanya pedas.Selepas makan aku lihat ayah macam xlarat dan dahinya berkerut mungkin sakitnya datang kembali.Ayah x ikut serta keluarga yang lain berborak.Ayah ajak kami balik cepat ktanya dah x tahan sakit.Kami semua bertolak balik, sampai jer di rumah ayah terus baring. Mak menyapu ubat pada perut ayah tapi ayah nampaknya semakin sakit. Pada sebelah malam kami bawa ayah ke klinik dan Dr. beritahu bahawa perut ayah masuk angin(gastrik).Selepas balik dari klinik, keluarga datang untuk melawat ayah, ayah masih baring.

7/12/08
Awal pagi ayah dah bangun utuk ikut kakak pulang ke Kedah. Kakak ke 3 dan sulung akan beraya di rumah mak mentuanya. Mak x benarkan ayah pulang kerana mak masih disini kerana akan menjaga anak kak ngah.Kebiasaannya mak datang ke KL seorang dan adik akan tinggal dengan ayah dikampung,tapi kali ini mak ajak ayah sekali tinggal disini kerana keesokkannya Hari Raya Haji dan tiada sapa dirumah. Tapi ayah xnak katanya nak balik makan ubat yang diambil dr hospital,ubat disini x berkesan.Awal lagi ayah dah tunggu dalam kereta. Sebelum ni ayah pernah cakap yang dia nak datang sekejap jer datang pagi malam balik.Mak benarkan ayah balik tanpa rasa apa2 yang merisaukan kerana sakit ayah (gastrik) tidak membimbangkan.
Pada pukul 3 ptg, mereka tiba di kampung. Kata kakak ayah teringin nak makan sotong, jadi ayah masak sotong pada petang tu. ayah aku mmg pandai masak. Pada jam 6 ptg ayah mengadu susah hendak buang air kecil dan terasa sakit. ayah menggelupur kesakitan. kakak bawa ayah ke hospital kepala batas, keadaan ayah menjadi teruk. jururawat di situ tidak mempedulikan kesakitan yang dialami oleh ayah sehinggalah ayah menjerit dan menggelupur.
Ayah dibawa untuk membuat pemeriksaan namun sama sahaja keputusan apa yang diberitahu oleh DR sebelum ini iaitu gastrik. Kami disini(KL)masih belum mengetahui bahawa ayah sakit sehinggalah pada jam 8 malam kakak menghantar mesej memberitahu ayah sakit.Mak ingat ayah sakit macam slalu, xbangun 2 hari adalah perkara biasa yang mak ketahui kerana gastriknya. Pada jam 9.30 malam kakak memberitahu keadaan ayah yang memerlukan penambahan darah. Kami
disini masih biasa kerana ingat perkara remeh jer. Pada jam 11 malam kakak menelefon kami dan mengatakan keadaan ayah tenat dan perlu dihantar ke hospital seberang jaya kerana penyakit ayah x dapat diketahui. Kami jadi panik dan x pk untuk bertolak pulang awal ,masing2 pk penyakit gastrik ayah yang selalu dialaminya.Pada jam 12 t/malam ayah dibawa ke hospital Seberang Jaya.Disni baru mengetahui bahawa ayah mengalami pendarahan dalam perut(severe pancretitis), jantung, hati ,peredaran darah semua dah xberfungsi. Saluran makanan ayah juga sudah pecah sebab itu apa saja yang ayah makan kan keluar semula.
Kami bertolak pulang pada Jam 2 pg.ayah masih bertahan untuk menunggu mak tiba sehingga di masukkan ke wad ICU.

08/12/08
Jam 5.30 pagi ayah dimasukkan ke wad ICU. Ayah dah x dapat bertahan lagi, kaki dan tangan diikat kerana meronta kesakitan dan terasa tidak selesa dan lenguh dengan wayar yang berselirat dipasang kepadanya. Sebelum dimasukkan ke ICU tengkuk ayah telah ditebuk untuk memasukkan wayar.Kami sampai lewat setengah jam sebelum ayah dimasukkan ke ICU. Semasa kami sampai kesan tebukkan pada leher ayah masih baru lagi, aku melihat mak mengalirkan air mata apabila melihat keadaan ayah. Kami xdibenarkan masuk kerana belum waktu melawat hanya emak sahaja di benarkan. Pada mulanya masuk ICU ayah dalam keadaan sedar tapi DR masukkan ubat pelali supaya ayah dapat berehat. Mak hanya dapat bercakap dengan ayah dalam keadaan ayah separuh sedar. Kami tinggalkan emak dng kakak sulung, aku dan yang lain pulang untuk ambik barang2 ayah.
Aku datang semula ke hospital pada pukul 8.30 pagi, kini tinggal aku,mak dan kakak sulung di hospital. Semasa aku masuk melawat ayah aku tengok pelbagai wayar ada padanya,pankreasnya yang pecah di keluarkan melalui wayar yang dimasukkan melalui hidung, betapa seksanya dia.setiap 15 minit Dr memberitahu keadaan ayah. Kami berdoa supaya ayah cepat sembuh.Pada jam 10 pagi Dr memberitahu mak keadaan ayah tenat dan menyuruh berdoa. DR yang mengubat ayah adalah DR cina. Dia menyuruh emak membaca yasin.Aku dan emak membaca yasin untuk ayah.Pada sebelah petang ramai keluarga sebelah ayah dan emak datang melawat semua yang datang menangis melihat keadaan ayah.Emak menyuruh kakak memberitahu orang kg untuk membaca yasin pada malamya. Dr kata ayah dah tiada harapan untuk sembuh..
Keadaan ayah pada malamnya semakin tenat. Mak dibenarkan masuk untuk mengaji.dari luar aku nampak emak membisikkan sesuatu ke telinga yah mungkin kalimah syahadah.aku dn kakak hanya mengaji diluar bilik. Di rumah orang kg juga mula mengaji. Setelah selesai mengaji mak pn keluar dari bilik tersebut,aku lihat emak kelihatan mana tidaknya semalaman x tido dan kurang makan..Selepas kami solat isyak pada jam 10 malam,kakak menelefon menanyakan keadaan ayah ,pada masa ini kami lihat nafas ayah yang tadinya kencang kembali perlahan.Bacaan yasin dirumah sudah tamat dan mak meminta kakak membawa air yasin untuk di berikan kepada ayah.Setelah panggilan di putuskan nurse memanggil emak menagtakan keadaan ayah tenat semula. Aku dan emak bergegas masuk semula dan mak mengucap kalimah syahadah di telinga ayah dan aku terus mengaji.Dalam masa tu datang seorang nurse memberitahu bahawa ayah dah tiada. Aku menjadi terkedu dan emak memeluk aku.Aku jadi macam x percaya sehinggalah mak menyuruh aku memberitahu kakak di rumah bahawa ayah dah tiada.Sebenarnya ayah dah meninggal awal lagi selepas mak kluar pada mulanya mengaji iaitu dalam pukul 10 malam.
Pada jam 12 malam mayat di bawa pulang ke rumah. Kami tiba di rumah pada pukul 1 pg..Semua sanak saudara dan jiran telah menunggu ketibaan mayat.

09/12/08
Ayah selamat dikebumikan pada jam 11 pg. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendakNYA. amin...... AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment